HomeCalendarFAQSearchRegisterLog in
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» tentacle hentai theme tentacle hentai thumbs
2011-08-04, 12:06 by Guest

» unlock iphone 4 3w
2011-08-04, 04:08 by Guest

» гинекологические инструменты
2011-08-03, 21:46 by Guest

» inition co uk cheap tramadol
2011-08-03, 16:26 by Guest

» leannaMaypemn
2011-08-03, 07:47 by Guest

» Gary Ablett Drug Scandal
2011-08-02, 08:10 by Guest

» increase backlink backlinks service
2011-08-01, 08:29 by Guest

» When the first Whirlpool Duet album was released in December 2001
2011-07-31, 15:48 by Guest

» BUY TRAMADOL - 30 tabs / $42 BEST PRICE! @ecoMeds - U.S. Pharmacy!!
2011-07-31, 04:27 by Guest

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 12 on 2012-02-24, 20:26
Top posters
Shukri
 
Presiden
 
Admin
 
palerkain
 
Orang Lama
 
abglong
 
Mohd Khairul Mohd
 
ummu_iyas
 
nadisyabab
 
Poll

Share | 
 

 minta komen

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
palerkain
Active User
Active User


Male Number of posts : 44
Location : behira,egypt
Humor : sahlabb
Registration date : 2009-04-22

PostSubject: minta komen   2009-04-26, 13:41

isu semasa sekrang adalah pergolakan dalam parti pas seolah olah ada puok yang nok berebut jawatan yang lebih tinggi.
yang berade di malaysia rasanya lebih memahami dari kami yang berada jauh disini.
mintaknya dapat beri sedikit penjelasan dan keterangan yang boleh membantu orang sini mengenali siapa mereka.
nak hancurkan BN kite sndiri kene kuat.
Al haqqu bila nizhom,sayaghlibuhu bathil binnizom!!
Back to top Go down
Admin
Admin
Admin


Male Number of posts : 108
Age : 41
Location : Berpijak Dibumi Nyata
Registration date : 2008-10-22

PostSubject: Re: minta komen   2009-04-26, 14:06

sebenarnya menda tu xde ape pon..
cuma untuk menimbulkan kontroversi..
sekarang ni golongan pas ramai yg dulu2
nya Org BN sebab tu dorang x tau..
Bila Dgr Cite skit da nak kecoh..
menda tu sebenarnya mainan politik..
media saje nak memperbodohkan rakyat2. lol!

_________________

Takot Risiko? Usah Bicara Perjuangan
Back to top Go down
http://plpdt.2forum.biz
abglong
Active User
Active User


Number of posts : 3
Registration date : 2009-04-26

PostSubject: Re: minta komen   2009-04-26, 15:03

Admin wrote:
sebenarnya menda tu xde ape pon..
cuma untuk menimbulkan kontroversi..
sekarang ni golongan pas ramai yg dulu2
nya Org BN sebab tu dorang x tau..
Bila Dgr Cite skit da nak kecoh..
menda tu sebenarnya mainan politik..
media saje nak memperbodohkan rakyat2. lol!

ye ke takde pe2?
kat blogger2 ramai yg bertikam same2 sendiri.. yg paling sedih tok guru haji hadi ( ayoh cik ) jd magsa kutukan mereka.. mereka tu bukan org umno tapi org2 PAS.. media massa tu memg la telah di ketahui umum senjata umno.. tp yg jadi masalah kita sesama kita ni.. yg hangat sampai hari ni isu Unity Government.. dari ape yg dapat di simpulkan, wujudnya anasir2 yg cuba melagakan TGNA ( tok guru nik aziz )dan TGHH ( tok guru haji hadi ).. siapakah mereka yg menjadi dalang??

betul ke takde masalah??

admin tlg bg komen.. Very Happy Question Question
Back to top Go down
Presiden
Admin
Admin


Male Number of posts : 162
Age : 32
Location : Dungun
Registration date : 2009-04-19

PostSubject: Re: minta komen   2009-04-27, 15:18

kerja - kerja bodoh dalam pas - Penjelasan Ust Nik Abduh

Salam Kamunting,

Di meja makan di bahagian dapur di rumah ayahanda yang saya masih kekal tinggal bersama sedari kelahiran dulu, selalulah saya bersembang
dengan ayahanda pasal macam - macam hal kehidupan yang biasanya akan panas dan panjang bila ianya berulamkan politik dan perjuangan.

Terbaru saya lontarkan kepadanya hujahan para ulama daripada buku yang saya baca mengenai keabsahan seorang muslim untuk hadir dan
turut sama menjawat dan memerintah di dalam sebuah kerajaan yang bukan Islam.

Saya sebutkan kepada ayahanda bagaimana para ulama mengambil bahagian cerita Nabi Yusuf alaihissalam menjawat jawatan sebagai
menteri kewangan di dalam sebuah kerajaan syirik Mesir kuno sebagai hujah utama dan vital yang membenarkan penawaran untuk turut membantu
pemerintahan bukan negara Islam.

Syarat terpenting yang menjadi pemutus ialah jemputan kepada jawatan itu mestilah dalam kemuliaan dan kekuatan. Mereka meminta dan
kita berhak memutus, bukan mereka. Kemudian kita tidak diikat dengan syarat - syarat yang menghalang unsur keadilan Islam untuk ditegakkan.
Masuk dengan kemuliaan sebagaimana Nabi Yusuf dijemput untuk turut mempersembahkan kebijaksanaan dan keadilannya ke atas rakyat dalam
pemerintahan tersebut.

Saya kemukakan untuk memukaddimahkan perbincangan mengenai kerajaan Pakatan Rakyat dan Unity Government yang dicadangkan sebagai
alternatif kepada kerajaan BN hari ini sedang merasai kepedihan dihimpit kemarahan rakyat yang melata.

Saya memberanikan untuk berhujah bahawa samada BN atau Pakatan Rakyat, kedua - duanya bukan daripada jenis negara Islam.
Maka menerima kerajaan mana pun, hujahnya ada dan hujah itu terpakai dengan syarat ketat sebagaimana yang digariskan ugama tersebut.

Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang
penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya.
Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”

Saya memiliki banyak cerita menarik di sebalik apa yang anda tahu mengenai ayahanda. Komennya di atas bukankah mencetuskan persoalan ini di benak anda,
bukankah Tok Guru lantang menolak Unity Government? Bukankah Tok Guru berang dengan cadangan Tuan Guru Hj Hadi ini?

Biar saya bagitahu anda, ayahanda hidup dengan hujah. Itulah makanan berkhasiat yang memanjang dan memberkati umurnya. Bila hujah ugama itu ada,
bagaimana ayahanda akan tolak mentah - mentah?

Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh
pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.

Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan.
Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!

Bukankah anda dapat lihat bagaimana semacam ayahanda menghentam ‘kerajaan campuran’ bukan unity Government?
Bukankah selepas pertemuan kurang sepuluh mata bersama TGHH, ayahanda tidak lagi menyerang.
Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya.

Di mana pergi pembantu - pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!?
Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!

Modus Operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 beberapa bulan lepas,
ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya. Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini,
sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH.
Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka.

Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya.
Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing - masing.

Adapun penghormatan ayahanda terhadap TGHH, maka ia adalah penghormatan yang gagal diperolehi kecuali oleh para ulama.
Ayahanda sering memuji TGHH. Saya pernah mendengarnya menakjubi ucapan TGHH di Parlimen yang dibacanya di dalam Harakah
sedang masa itu suasana panas isu muzakarah masih memuncak. Sesetengah pembantu ayahanda merasa iri dan hasad selepas penghormatan itu
gagal menempati diri mereka.

Bagaimana mereka akan memperolehinya, sedang mereka hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’,
lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah - istilah ugama yang dihafal, bukan difaqihi?

Dunia ulama adalah penuh disiplin. Taqwa adalah disiplin terbaik. Taqwa adalah milik ulama, bukan milik orang yang mengaku ulama
atau ulama mini sekali pun. Kita tidak mampu merebutinya kerana ia adalah kurniaan khas daripada Allah. Kita hanya mampu meminta daripadaNya.

Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar PAS nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru,
jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama
yang disayangi rakyat.

Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan!Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah,
beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keenggananya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli PAS di dalam kebebasan memilih?

Di mana adab? Di mana kesetiaan? Di mana sifat malu?

Masihkah anda mahu hanyut dalam dunia politik yang kotor hatta dalam PAS? Jika begitu, sayalah musuh anda!
Back to top Go down
Presiden
Admin
Admin


Male Number of posts : 162
Age : 32
Location : Dungun
Registration date : 2009-04-19

PostSubject: Re: minta komen   2009-04-27, 16:22

renung dan amati virus munafik umat islam....
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: minta komen   Today at 17:32

Back to top Go down
 
minta komen
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Susan G. Komen race for the Cure 300 at Bowman Gray

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Welcome To Forum :: LAIN² :: Isu-isu Semasa-
Jump to: