Assalamualaikum..
Semoga dipermudahkan Allah dalam setiap urusan. Tahniah untuk pengelola blog PLPDT dan sahabat-sahabat yang membantu mewujudkan sebuah lagi medium berguna untuk ahli PLPDT selaras dengan perkembangan terkini dan menyahut cabaran globalisasi.
Memandangkan blog PLPDT telah dilancarkan dengan rasminya, maka ia melambangkan segala aktiviti dan penampilan sebenar PLPDT menjadi tatapan ahli. Untuk permulaan ini saya kira memadai dengan beberapa kelemahan yang mungkin belum mampu untuk diatasi sepenuhnya. Bak kata pepatah "memeluk gunung, tapi apakan daya tangan tidak kesampaian". Cuma perkara mustahak yang ingin disentuh mengenai
struktur ayat dan ejaan, ahli PLPDT akan melihat kesilapan ini boleh membawa kepada kelemahan ketara dari sudut penampilan blog dan penguasaan bahasa.
Peringkat permulaan ini saya yakin pengelola blog dapat memperbaiki kelemahan ini sebagai muhasabah dan motivasi untuk terus mara dan berwibawa.
Kelemahan lain kita boleh sama-sama memperbaikinya lagi, insyaAllah.
PLPDT For All, bersama kita dokonginya. Tahniah untuk Admin dan sahabat-sahabat PLPDT.
http://bustanmawaddah.blogspot.com/[url]"Keperluan terbesar sebuah empayar besar adalah sebuah idea yang kehadirannya sememangnya tepat pada waktunya"[/url]